Innocity@PSP

~ Innovative Creative Inspire Future Information Technology ~

Wednesday 14 March 2012

KIK Senior Vs KIK Junior

Pada 5-9 Mac 2012 telah berlangsungnya Kem KIK di Politeknik Seberang Perai. Kem ini melibatkan POLITEKNIK seluruh MALAYSIA dan seramai 220 orang ahli telah menghadirkan diri. Sepanjang tempoh kem ini dijalankan, ianya mendapat sambutan yang positif dan jugak memuaskan. Tidak lupa juga KIK Junior turut sama membantu dalam kem ini.


Kem ini dirasmikan oleh Pengarah PSP iaitu Tuan Hj Zulkifli bin Ariffin pada 7 Mac 2012 bertempat di Dewan Sri Mutiara.

Friday 1 April 2011

INNORACE CHALLENGE !!!!


Sangat meriah.. !!!! INNORACE CHALLENGE Mendapat sambutan dari ahli-ahli yang terlibat..

Bermula pada pukul 8 pagi.. walaupun keadaan cuaca agak mencemburui kami, namun aktiviti tetap dijalankan dengan meriahnya... Dengan kerja sama urus setia yang bertungkus lumus utk menjayakan aktiviti ini, akhirnya terlaksana juga..

Kat sini ada la beberapa gambar yang nak di tunjukkan....




              Antara aktiviti yang di jalankan adalah menghias diri sebagai  MUMIA





          TERIMA KASIH KEPADA URUS SETIA DAN JUGA EN. HAFIZ

KETIKA SENAMAN PAGI






Thursday 10 March 2011

Hari Ini Di Innocity

Perjumpaan mingguan, dihadiri oleh ahli-ahli berserta AJK. Perjumpaan membincangkan tentang "InnoRace". Aktiviti ini akan melibatkan ahli-ahli dan juga untuk melakukan kerja amal di sekitar Politeknik.


                                                             Tarikh : 2 April 2011
                                                             Masa : 7.30 pagi - 12 tgh hari
                                                             Tempat : Padang Politeknik Seberang Perai




                                                      Ketika Perbincangan 10 Mac 2011

Wednesday 2 March 2011

Innocity@Pantai Timur

Pada 25 hingga 27 Januari 2011 yang lepas, Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Petronas,Terangganu dan lawatan muhibah ke Politeknik Kota Bharu(PKB) dan Universiti Sains Malaysia(USM) Kampus Kesihatan, Kelantan. Seramai 15 orang staf yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu KIK, Fasilitator KIK, Unit Pengurusan Kualiti(UPL), Unit Latihan Industri(ULI) serta 22 orang pelajar yang terdiri daripada Kelab InnoCity@PSP dalam siri program KIK Jr.@ Pantai Timur telah mengikuti lawatan ini dan diketuai oleh Puan Kalsom Binti Sailan yang merupakan Ketua Jabatan JSKK mengetuai sesi lawatan ini. 


PETRONAS TERENGGANU


USM KUBANG KERIAN, KAMPUS KESIHATAN


POLITEKNIK KOTA BHARU